BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Wednesday 18 April 2012

APA PROBLEM???

Shahid Kapur tuu... Hero hindustan peberet roomate aku..
Kisah seorang lelaki yang kacak ala-ala Hindustan, tinggi lampai, kurus tak berapa nak keding, hidung mancung dan tinggi, paras rupa yang menawan dan boleh membuat hati mana-mana perempuan cair ditawan oleh renungan dan senyumannya. Tapi sayang umurnya hanyalah baru menjejak ke angka 14 tahun…heheheheheh

Jejaka hensem dan kacak ini telah kematian ayah sejak berumur 10 tahun, tiada saudara-mara, bukan juga sebatang kara, cuma mempunyai seorang insan yang sentiasa bersamanya iaitu emaknya. Mereka dua beranak tinggal di rumah using yang terletak di hujung kampung yang agak sunyi daripada keriuhan manusia. Cuma meriah dengan bunyi kelawar, bunyi burung, dan bunyi kentut mereka. Hakhakhakhakhak…ehemmmm

macam ni la roomate2ku kentut..ish3..

Entah dimana silapnya setiap kali jejaka hensem ini berjalan di dalam rumahnya, dia mestilah merangkak sama ada untuk ke dapur atau ke bilik air. Jejaka hensem ini acapkali dimarahi oleh emaknya apabila dia cuba untuk berdiri tegak apabila berada di dalam rumah. Walaupun telah kerap kali dia cuba untuk tidak membangkitkan kemarahan emaknya, tetapi perkara itu seperti tidak mahu berhenti daripada terus berlaku. Apakah sebenarnya yang membuatkan emaknya memarahinya hampir setiap hari?

rumah atap nipah...[gambar hiasan]
Hal ini kerana rumah yang mereka diami hanyalah setinggi 5 kaki dan 7 inci. Jejaka hensem ini pula mempunyai ketinggian 7 kaki 5 inci. Jadi wajarlah dia dimarahi oleh emaknya setiap kali dia cuba untuk berdiri tegak. Sebab apa??? Sebab akan menyusahkan emaknya untuk mencari daun nipah baru untuk menutup kembali bumbung rumah mereka yang telah lompong akibat perbuatan anaknya sendiri. Apakan daya, rumah mewah kos rendah itu sahaja yang mereka ada untuk dijadikan tempat tinggal. 





*** Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kaseyhhhhh!!!***