BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Wednesday 18 April 2012

APA PROBLEM???

Shahid Kapur tuu... Hero hindustan peberet roomate aku..
Kisah seorang lelaki yang kacak ala-ala Hindustan, tinggi lampai, kurus tak berapa nak keding, hidung mancung dan tinggi, paras rupa yang menawan dan boleh membuat hati mana-mana perempuan cair ditawan oleh renungan dan senyumannya. Tapi sayang umurnya hanyalah baru menjejak ke angka 14 tahun…heheheheheh

Jejaka hensem dan kacak ini telah kematian ayah sejak berumur 10 tahun, tiada saudara-mara, bukan juga sebatang kara, cuma mempunyai seorang insan yang sentiasa bersamanya iaitu emaknya. Mereka dua beranak tinggal di rumah using yang terletak di hujung kampung yang agak sunyi daripada keriuhan manusia. Cuma meriah dengan bunyi kelawar, bunyi burung, dan bunyi kentut mereka. Hakhakhakhakhak…ehemmmm

macam ni la roomate2ku kentut..ish3..

Entah dimana silapnya setiap kali jejaka hensem ini berjalan di dalam rumahnya, dia mestilah merangkak sama ada untuk ke dapur atau ke bilik air. Jejaka hensem ini acapkali dimarahi oleh emaknya apabila dia cuba untuk berdiri tegak apabila berada di dalam rumah. Walaupun telah kerap kali dia cuba untuk tidak membangkitkan kemarahan emaknya, tetapi perkara itu seperti tidak mahu berhenti daripada terus berlaku. Apakah sebenarnya yang membuatkan emaknya memarahinya hampir setiap hari?

rumah atap nipah...[gambar hiasan]
Hal ini kerana rumah yang mereka diami hanyalah setinggi 5 kaki dan 7 inci. Jejaka hensem ini pula mempunyai ketinggian 7 kaki 5 inci. Jadi wajarlah dia dimarahi oleh emaknya setiap kali dia cuba untuk berdiri tegak. Sebab apa??? Sebab akan menyusahkan emaknya untuk mencari daun nipah baru untuk menutup kembali bumbung rumah mereka yang telah lompong akibat perbuatan anaknya sendiri. Apakan daya, rumah mewah kos rendah itu sahaja yang mereka ada untuk dijadikan tempat tinggal. 





*** Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kaseyhhhhh!!!***

Sunday 15 April 2012

SuatU KetikA

Hari : Jumaat
Tarikh : April 13, 2012
Masa : 8.25 pm
Lokasi : kedai mamak 24 jam area hulu langat

situasi ini dimana berlakunya perbualan antara pelanggan dan pekerja restoran untuk sesi order meng-order...
gambaran pekerja kedai mamak (PKM) ni >>> rupanya ala2 hindustan sket...hidung mancung gitu..muke pon bley tahan..aku fikir macam dari pakistan kot..xpon afghanistan..hehehe>>>

PKM : mau minum apa???


Ayah : teh tarik satu


aku : teh ais satu.. 


      kemudian bertanyakan minuman untuk ibu dan ibu cakap fresh orange (dlm nada perlahan)

PKM : ya???


aku : oren jus... jus orenn


PKM : minum apa???


ayah : fresh oren..fresh oren..


PKM : ooo fresh orange


               dalam hati aku bermonolog..aiyooo mamak..tarak denga ka tarak paham???
 xsame ke oren jus ngan fresh orange??? adoyai...

PKM : makan??


ibu n ayah : xmau


aku : emmm roti ape sedap ekk..haa.. roti bom ada???


PKM : bb..bbo...bbbommm???


aku : aah roti bom..ada???


PKM : roti bo.. booommmm???? ya ada, ada.. (kemudian berlalu pergi)


aku : ibu, alang cakap tadi roti bom ke roti boom???


ibu : entah, sama je la..kenape???


aku : die ingat alang mintak bom tak??? tu die terkejut...kahkahkahkahkahkahkahakah (gelak dengan terbahak2nya) elok2 die rasa Malaysia aman, tiba2 denga orang mintak bom, tu yang kalut..hahahahaha

>>>>ini adalah situasi dimana pekerja kedai mamak (PKM) itu berasa terkejut dan terkeliru apabila terdengar perkataan yang ditakutinya, iaitu BOM... amek perhatian ye..roti yang terdapat di kedai mamak adalah roti boom (bum) ya, bukan bom...hehehehehe...<<<<<

sekian :)

Monday 2 April 2012

HEY YOU!!!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)     Salam Sejahtera :)     Annyeonghaseyo :)    Konnichiwa :)
Salam 1 Malaysia..Salam Ukhuwah..Salam Perpaduan...


Hye :):) entry kali ni agak umum sket yer..ia bukan sahaja ditujukan pada diri saya sendiri malah pada anda-anda semua..manusia kan..still same even hati lain-lain..wallahualam.. :)

Pernahkah anda berada dalam mode yang boleh dikatakan takde hati nak tegur orang...takde hati nak senyum...or boleh dikatakan takde hati langsung nak beramah mesra dengan orang...reasonnya 1 sahaja..TAKDAK MOOD...am I right??? kalau not true pun pretend la true ek..hehehehe

Bagi saya, benda ni mudah jer..just smile when someone smile at you..sebab bila awak senyum balik pada orang yang memberi senyuman, orang itu akan senang then u pun akan senang..but when u jeling or senyap or masam mencuka pada orang tu, automatik banyak kata2 dan spekulasi yang kurang elok akan timbul...>>>

1st-  apehal la mamat/minah ni...gaduh ngan boy/girlfriend la tu..
2nd- hekeleh..aku senyum die jeling pulak..tumbuk kang baru tahu
3rd- pandai2 la korang tambah..heheheehe

See??? ia telah menyebabkan spekulasi2 dan kata2 yang tidak menyenangkan timbul..so we as a Muslim/Muslimah haruslah sentiasa senyum...lagipun senyum tu kan sedekah... :)..kita bukan sahaja telah bersedekah malah mendapat pahala juga kerana memaniskan muka kita pada orang lain...lagipun senyum ni boleh buat kita awet muda taw..tak payah susah2 g amik collagen lah suntik vitamin lah ape lah..just smile n u'll happy always..Insyaallah... :)