BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Sunday, 1 July 2012

PANASSSS!!!!!!

YA... Itulah dia..PANASSS....hehehe..
BUT 
apa yang gue nk cakap untuk entry kali ini ialah "DITEGUR SALAH, TAK DITEGUR PUN SALAH".
inilah patern manusia zaman sekarang. ada yang elok, eloklah dia..ada yang tak elok, harap2 lepas ni eloklah dia..bukanlah niat untuk mengata, tetapi inilah kehidupan. bila tegur tak dilayan..bila tak tegur pula kata sombong.. apalah salahnya bila sudah berada di bwah satu bumbung tu try to smile or what 'matsaleh' said is  maniskan wajah anda even u taknak pon nak buat camtu. it's not difficult right??? just smile and people will get good feeling toward you. not staring other people with both your eyes like a 'BURUNG HANTU'..okay??? oraitt..bye..

Wednesday, 18 April 2012

APA PROBLEM???

Shahid Kapur tuu... Hero hindustan peberet roomate aku..
Kisah seorang lelaki yang kacak ala-ala Hindustan, tinggi lampai, kurus tak berapa nak keding, hidung mancung dan tinggi, paras rupa yang menawan dan boleh membuat hati mana-mana perempuan cair ditawan oleh renungan dan senyumannya. Tapi sayang umurnya hanyalah baru menjejak ke angka 14 tahun…heheheheheh

Jejaka hensem dan kacak ini telah kematian ayah sejak berumur 10 tahun, tiada saudara-mara, bukan juga sebatang kara, cuma mempunyai seorang insan yang sentiasa bersamanya iaitu emaknya. Mereka dua beranak tinggal di rumah using yang terletak di hujung kampung yang agak sunyi daripada keriuhan manusia. Cuma meriah dengan bunyi kelawar, bunyi burung, dan bunyi kentut mereka. Hakhakhakhakhak…ehemmmm

macam ni la roomate2ku kentut..ish3..

Entah dimana silapnya setiap kali jejaka hensem ini berjalan di dalam rumahnya, dia mestilah merangkak sama ada untuk ke dapur atau ke bilik air. Jejaka hensem ini acapkali dimarahi oleh emaknya apabila dia cuba untuk berdiri tegak apabila berada di dalam rumah. Walaupun telah kerap kali dia cuba untuk tidak membangkitkan kemarahan emaknya, tetapi perkara itu seperti tidak mahu berhenti daripada terus berlaku. Apakah sebenarnya yang membuatkan emaknya memarahinya hampir setiap hari?

rumah atap nipah...[gambar hiasan]
Hal ini kerana rumah yang mereka diami hanyalah setinggi 5 kaki dan 7 inci. Jejaka hensem ini pula mempunyai ketinggian 7 kaki 5 inci. Jadi wajarlah dia dimarahi oleh emaknya setiap kali dia cuba untuk berdiri tegak. Sebab apa??? Sebab akan menyusahkan emaknya untuk mencari daun nipah baru untuk menutup kembali bumbung rumah mereka yang telah lompong akibat perbuatan anaknya sendiri. Apakan daya, rumah mewah kos rendah itu sahaja yang mereka ada untuk dijadikan tempat tinggal. 





*** Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kaseyhhhhh!!!***

Sunday, 15 April 2012

SuatU KetikA

Hari : Jumaat
Tarikh : April 13, 2012
Masa : 8.25 pm
Lokasi : kedai mamak 24 jam area hulu langat

situasi ini dimana berlakunya perbualan antara pelanggan dan pekerja restoran untuk sesi order meng-order...
gambaran pekerja kedai mamak (PKM) ni >>> rupanya ala2 hindustan sket...hidung mancung gitu..muke pon bley tahan..aku fikir macam dari pakistan kot..xpon afghanistan..hehehe>>>

PKM : mau minum apa???


Ayah : teh tarik satu


aku : teh ais satu.. 


      kemudian bertanyakan minuman untuk ibu dan ibu cakap fresh orange (dlm nada perlahan)

PKM : ya???


aku : oren jus... jus orenn


PKM : minum apa???


ayah : fresh oren..fresh oren..


PKM : ooo fresh orange


               dalam hati aku bermonolog..aiyooo mamak..tarak denga ka tarak paham???
 xsame ke oren jus ngan fresh orange??? adoyai...

PKM : makan??


ibu n ayah : xmau


aku : emmm roti ape sedap ekk..haa.. roti bom ada???


PKM : bb..bbo...bbbommm???


aku : aah roti bom..ada???


PKM : roti bo.. booommmm???? ya ada, ada.. (kemudian berlalu pergi)


aku : ibu, alang cakap tadi roti bom ke roti boom???


ibu : entah, sama je la..kenape???


aku : die ingat alang mintak bom tak??? tu die terkejut...kahkahkahkahkahkahkahakah (gelak dengan terbahak2nya) elok2 die rasa Malaysia aman, tiba2 denga orang mintak bom, tu yang kalut..hahahahaha

>>>>ini adalah situasi dimana pekerja kedai mamak (PKM) itu berasa terkejut dan terkeliru apabila terdengar perkataan yang ditakutinya, iaitu BOM... amek perhatian ye..roti yang terdapat di kedai mamak adalah roti boom (bum) ya, bukan bom...hehehehehe...<<<<<

sekian :)